Yayang suka mengajuk perkataan-perkataan yang diucapkan kepadanya...antaranya:
1. Yayang mulai belajar bertatih. Dia kerap jatuh terduduk. Mak akan mengucapkan "Allahhu akbar!" setiap kali dia terjatuh. Sekarang Yayang mengucapkan "Allahuabbab" setiap kali jatuh terduduk. Kadang-kadang dia sengaja jatuhkan diri kerana mahu bermain-main mengucapkan "Allahuabbab". Begitu juga ketika dia sengaja menjatuhkan barang, dia akan mengucapkan perkataan tersebut juga...Herm...mum find its very cute !
2. Yayang kadang-kadang mengucapkan kata-kata yang tidak disangka-sangka. Pertuturan ini diucap bila dia berusia 8 bulan, kira-kira 4 bulan lalu. Suatu hari, ketika sedang dipakaikan lampin, dia tiba-tiba mengatakan sesuatu yang agak panjang bunyinya...mak berfikir seketika untuk memahami apa yang cuba diucapkan, dan mak sangat terkejut kerana memahami apa yang yang dikatakan oleh Yayang...Allahu akbar kau Yayang, janganlah kau ulang apa yang mak ucapkan. Beginilah yang dibunyikan Yayang..."etih, ume a u a u a u uwat"...tahu apa maksudnya? "Letih..semua aku kena buat..." malunya mak....
3. Yayang mula pandai mengucapkan "tak nak" sambil menggelengkan kepala. Kalau dipaksa, dia akan menjerit, "tak nakkkkkk"....
4. Yayang membunyikan "bunga" sebagai "unge..", "nai naik" sebagai "nak nek", "buai" sebagai "buey", "sudah" sebagai "dah".
5. Yayang juga kadang-kadang berleter, selepas dia mencakar abangnya, dia akan sambung dengan berleter..."amoi,................" mak belum boleh faham. Agaknya "amboi,......................". Kalaulah boleh difahami, tentu lucu. Agaknya dia kata, "amboi, ambik kau, kacau orang sangat" hehehehe............
OKlah, nanti mak update lagi fasal pertuturan Yayang.
Friday, February 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment