Tuesday, July 21, 2009

Abu Dzar playing with kittens





Abah and Abu Dzar


Mum and dad at work

Ni abah kat Cambodia tahun lepas
Ni mak kat opis tahun ni

Zaid dan Rekaan kereta lumba

Pandangan sisi - tayar kecil di hadapan, tayar besar di belakang
Asalnya objek ini adalah robot, Zaid ubah suai jadi kereta lumba :)
Pandangan belakang
Pandangan sisi
Pandangan bawah
Pandangan atas

Latest faces ii

Ni background putih la -ukt passport international
Abu dzar ni nakal betul waktu kat studio, asik kuarkan air liur je....
Yang ni most handsome!

Abu Dzar and Zaid latest faces!

Zaid kontrol macho...
Zaid memberikan pose senyum yang gempak...
Abu Dzar memberikan pos yang ala-ala menara pisa (senget)... :)
Ini dia! Abu Dzar dengan wajah macho abis!!

Saturday, June 6, 2009

Abu Dzar suka peluk girl!

Abu Dzar membesar menjadi seorang yang sangat peramah. Mungkin kerana Abu Dzar pernah dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan biasa bergaul dengan kanak-kanak (bayi?) yang lain. Abu Dzar sudah tiga bulan tinggal di rumah sejak dijaga oleh pengasuh di rumah. Oleh itu Abu Dzar agak terbatas pergaulannya sekarang. Abu Dzar juga menjadi semakin manja dan mengada-ngada..hehehe...

Abu Dzar sangat gembira kalau di bwa keluar. Dia paling gembira kalau bertemu kanak-kanak lain. Dia akan terlebih dahulu menyapa mereka, seperti "Nak ji ane?" (nak pegi mane?). Itu sapaan yang paling biasa dia gunakan. Malah setiap pagi mak bersiap ke tempat kerja pun, dia akan bertanya, "Mak nak gi eje?" (Mak nak pergi kerje?"). Suatu hari, Abu 'terlepas' kluar dari grill. Dia terus memasuk grill rumah jiran yang terbuka lalu terserempak dengan anak-anak jiran yang mahu keluar. Terus disapanya, "Nak ji ane?", abang tu jawablah, nak keluar. Lalu Abu Dzar terus bertanya lagi dalam bahasanya yang mak kurang jelas butir percakapannya, namun kayaknya seperti bersembang dengan selamba. Mak memerhati dengan senyuman sehingga abang-abang tu berlalu pergi.

Satu lagi, Abu Dzar suka mendekati dahulu kanak-kanak. Di pasar raya, di klinik, di mana-mana dia dahulu akan menyapa. Kalau jumpa kanak-kanak perempuan, dia akan pergi sayang pipi. Sekali lagi dia datang, dia akan peluk pinggang dan sayang pipi. Aduhh Abu Dzar....itu anak dara orang le!!! Lagi dia suka kalau kanak-kanak rambut kembang dan menggerbang, mungkin dia geram sebab seperti anak kucing!

Mak suka memerhati Abu Dzar bersosial dan berkawan. Mak akan beritahu jangan peluk anak orang apabila dia besar dan faham nanti.

Abu Dzar playing with webcam in the dark

Is this real me?
Oh..it is me!
Yeah, it is me, confirm!!

Monday, May 4, 2009

Abu Dzar on 4th May 2009

Tengok tu, Abu Dzar dah pandai main basikal

Ini Abu Dzar tiru mak bersiap pegi kerja, tengok tu..siap dengan rantai manik dan pass kerja..haha

Friday, April 10, 2009

Adakah kami serupa? Abu Dzar dan Rumaisa

Ini RUMAISA, sepupu Abu Dzar, lahir pada 19.12.2008

Ini Abu Dzar, lahir pada 09.01.2008

SERUPA TAK ABU DZAR DENGAN RUMAISA?
A. sama
B. tak sama
C. tak pasti

Sajak : Untuk Buah Cinta Yang Kedua


PS: Sajak ini emak tulis sewaktu mengandungkan Abu Dzar.

UNTUK BUAH CINTA YANG KEDUA

Sayang...
Kau buah sebuah ishtikharah
Menyambung yang hampir belah
Membangun yang hampir rebah

Kecilku...
Terlalu lama kau di dalam
Kami menghitung hari menyambut hadirmu
Ibumu paling tertunggu-tunggu menatap wajah comelmu
Abahmu seakan tidak sabar mahu mengajakmu berbual
dan abangmu sudah mengatur rancangan mahu mengajakmu bermain kereta!

Sebulan lagi tarikh matangmu di dalam
Kami, seperti menunggu setahun lagi
Bahkan sudah bersiap serba baru untukmu
Belum tahu kau boy atau girl
Tapi kami berkenan memilih biru untukmu

Sayang kecilku...
Hadirlah segera sayang
Ibu, abah, abang tidak sabar mahu membelai pipi comelmu
Tidak tertahan lagi menunggu terhibur dengan tangismu
Walau sesukar mana menjaga dan menyayangimu
Kami sanggup menghadapinya
Kerana dikau buah cinta kami
Pengikat kasih sayang kita sekeluarga.

Kuantan
01.01 am.
14/12/07

Saturday, April 4, 2009

ZAID MEREKABENTUK KERETA




Zaid mempunyai hobi dan aktiviti yang kreatif. Zaid selalu melakukan inovasi terhadap mainan-mainan miliknya terutama kereta.

Gambar di atas diambil sendiri oleh Zaid. Dia sedang menunjukkan hasil rekabentuk kereta yang dibina dari gabungan getah pemadam dan plastisin. Getah pemadam berbentuk segi empat digunakan sebagai body utama kereta, dan Zaid melitupinya dengan plastisin yang direkabentuk dengan bentuk kereta yang dimahukannya.

Zaid memang selalu bermain dengan krativiti. Emak tengah berfikir apakah kerjaya yang sesuai dengan Zaid, adakah 'car designer'?

6hb APRIL 2009

contoh latihan spelling dan tulisan Zaid


ZAID akan menghadapi Ujian Kali Pertama 6 Tahun 2009.

Emak lihat Zaid agak rajin membuat ulangkaji terutamanya spelling.
Petang semalam emak mendengar Zaid menghafal dengan kuatnya "e-r-a-s-e-r, eraser!", "e-l-b-o-w, elbow!", d-u-s-t-e-r, duster!" dan sebagainya :) .
Zaid memang diberi latih tubi oleh gurunya sebagai persediaan untuk Ujian sejak dua minggu yang lalu.
Emak perhatikan pelajaran Zaid juga semakin bagus. Zaid semakin bertanggungjawab dengan homework, malamnya mesti Zaid akan selesaikan homework jika dibekalkan oleh guru.

Emak bangga dengan sikap Zaid yang semakin sukakan pelajaran. Score tidak berapa penting bagi emak, yang penting adalah sikap suka dan bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Tulisan Zaid juga semakin cantik dan berkarakter. Liuk lentuk tulisannya juga semakin halus dan terkawal.

PESANAN EMAK

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda


Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan


Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa..

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.










"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)





"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


(Surah Al-Ahzab:71)

Monday, February 23, 2009

RUMAISA - cousin of Zaid and Yayang


This is latest pics of Rumaisa...she is cute, doesn't she?

Monday, February 16, 2009

Cara Yahudi mendidik anak menjadi bijak

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana , ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
(saya pernah kerja di farmasi dan ramai ibu-biu kaum cina yg amalkan pengambilan pil minyak ikan tuk perkembangan bayi mreka - alin)


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan darat, secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya satu +ve dan satu -ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan mengalami masalah penghadapan- alin) Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahula sebelum mkn benda lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan mengandungi asid, bila kite makan benda berat mcm nasi dan selepas tu baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid dan gas, yg boleh menyebabkan angin - alin)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Friday, February 13, 2009

Yayang Mula Bertutur v - "etih, ume a u a u a u uwat"

Yayang suka mengajuk perkataan-perkataan yang diucapkan kepadanya...antaranya:

1. Yayang mulai belajar bertatih. Dia kerap jatuh terduduk. Mak akan mengucapkan "Allahhu akbar!" setiap kali dia terjatuh. Sekarang Yayang mengucapkan "Allahuabbab" setiap kali jatuh terduduk. Kadang-kadang dia sengaja jatuhkan diri kerana mahu bermain-main mengucapkan "Allahuabbab". Begitu juga ketika dia sengaja menjatuhkan barang, dia akan mengucapkan perkataan tersebut juga...Herm...mum find its very cute !

2. Yayang kadang-kadang mengucapkan kata-kata yang tidak disangka-sangka. Pertuturan ini diucap bila dia berusia 8 bulan, kira-kira 4 bulan lalu. Suatu hari, ketika sedang dipakaikan lampin, dia tiba-tiba mengatakan sesuatu yang agak panjang bunyinya...mak berfikir seketika untuk memahami apa yang cuba diucapkan, dan mak sangat terkejut kerana memahami apa yang yang dikatakan oleh Yayang...Allahu akbar kau Yayang, janganlah kau ulang apa yang mak ucapkan. Beginilah yang dibunyikan Yayang..."etih, ume a u a u a u uwat"...tahu apa maksudnya? "Letih..semua aku kena buat..." malunya mak....

3. Yayang mula pandai mengucapkan "tak nak" sambil menggelengkan kepala. Kalau dipaksa, dia akan menjerit, "tak nakkkkkk"....

4. Yayang membunyikan "bunga" sebagai "unge..", "nai naik" sebagai "nak nek", "buai" sebagai "buey", "sudah" sebagai "dah".

5. Yayang juga kadang-kadang berleter, selepas dia mencakar abangnya, dia akan sambung dengan berleter..."amoi,................" mak belum boleh faham. Agaknya "amboi,......................". Kalaulah boleh difahami, tentu lucu. Agaknya dia kata, "amboi, ambik kau, kacau orang sangat" hehehehe............

OKlah, nanti mak update lagi fasal pertuturan Yayang.

Monday, February 9, 2009

ZAID DAN AKSI NAKAL

Zaid kadang-kadang memang kurang senonoh sikit...

TRANSFORMERS

Transformers sedang bertarung dengan raksasa..hiyarrkkkkhhh
Aik!! macammana pula zaid boleh enterframe di tengah-tengah pertarungan ni?

Sebenarnya transformers adalah kotak pensel zaid..hehehe

Zaid learning English with Smart Reader

Ini CDnya...
Ini bukunya..back cover
Ini bukunya...front cover. level 1 baru...hehehe

Zaid belajar BAGAIMANA SIARAN ASTRO DIPANCARKAN?


Stesen TV (ASTRO) mempunyai parabola bumi yang sangat besar.
Dari sini, gelombang atau siaran tv akan dipancarkan naik ke satelit yang berada di angkasa lepas.
Gelombang tersebut akan dipancarkan semula ke rumah-rumah yang mempunyai parabola-parabola ASTRO yang kecil.
Parabola kecil ini berfungsi sebagai receiver atau penerima gelombang/siaran dari satelit.
Jika berlalu hujan ketika siaran dipancarkan atau diterima, gelombang/siaran tv akan menerima gangguan.

Lukisan: sumbangan abah
Keterangan: sumbangan mak

Zaid melukis objek-objek

Evolusi seorang Yayang

Yayang dah jadi jedi..siap pedang lagi tuh (9 months)
Yayang ngan pakcik Zikri, ayah Rumaisa ( 3 months)
Yayang ngan abang Tord (2 months)
Yayang ngan mak Eton (2 months)
Yayang ngan abah dan abang (2 months)

MY Favourite games

I pick pink heli
Now change it to red color - heli fidn the right spot to landing

Heli looking somewhere to landing