Tuesday, July 21, 2009

Abu Dzar playing with kittens





Abah and Abu Dzar


Mum and dad at work

Ni abah kat Cambodia tahun lepas
Ni mak kat opis tahun ni

Zaid dan Rekaan kereta lumba

Pandangan sisi - tayar kecil di hadapan, tayar besar di belakang
Asalnya objek ini adalah robot, Zaid ubah suai jadi kereta lumba :)
Pandangan belakang
Pandangan sisi
Pandangan bawah
Pandangan atas

Latest faces ii

Ni background putih la -ukt passport international
Abu dzar ni nakal betul waktu kat studio, asik kuarkan air liur je....
Yang ni most handsome!

Abu Dzar and Zaid latest faces!

Zaid kontrol macho...
Zaid memberikan pose senyum yang gempak...
Abu Dzar memberikan pos yang ala-ala menara pisa (senget)... :)
Ini dia! Abu Dzar dengan wajah macho abis!!

Saturday, June 6, 2009

Abu Dzar suka peluk girl!

Abu Dzar membesar menjadi seorang yang sangat peramah. Mungkin kerana Abu Dzar pernah dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan biasa bergaul dengan kanak-kanak (bayi?) yang lain. Abu Dzar sudah tiga bulan tinggal di rumah sejak dijaga oleh pengasuh di rumah. Oleh itu Abu Dzar agak terbatas pergaulannya sekarang. Abu Dzar juga menjadi semakin manja dan mengada-ngada..hehehe...

Abu Dzar sangat gembira kalau di bwa keluar. Dia paling gembira kalau bertemu kanak-kanak lain. Dia akan terlebih dahulu menyapa mereka, seperti "Nak ji ane?" (nak pegi mane?). Itu sapaan yang paling biasa dia gunakan. Malah setiap pagi mak bersiap ke tempat kerja pun, dia akan bertanya, "Mak nak gi eje?" (Mak nak pergi kerje?"). Suatu hari, Abu 'terlepas' kluar dari grill. Dia terus memasuk grill rumah jiran yang terbuka lalu terserempak dengan anak-anak jiran yang mahu keluar. Terus disapanya, "Nak ji ane?", abang tu jawablah, nak keluar. Lalu Abu Dzar terus bertanya lagi dalam bahasanya yang mak kurang jelas butir percakapannya, namun kayaknya seperti bersembang dengan selamba. Mak memerhati dengan senyuman sehingga abang-abang tu berlalu pergi.

Satu lagi, Abu Dzar suka mendekati dahulu kanak-kanak. Di pasar raya, di klinik, di mana-mana dia dahulu akan menyapa. Kalau jumpa kanak-kanak perempuan, dia akan pergi sayang pipi. Sekali lagi dia datang, dia akan peluk pinggang dan sayang pipi. Aduhh Abu Dzar....itu anak dara orang le!!! Lagi dia suka kalau kanak-kanak rambut kembang dan menggerbang, mungkin dia geram sebab seperti anak kucing!

Mak suka memerhati Abu Dzar bersosial dan berkawan. Mak akan beritahu jangan peluk anak orang apabila dia besar dan faham nanti.