Thursday, January 29, 2009

Yayang Mula Bertutur iv

Yayang semakin banyak menguasai perbendaharaan kata, kadang-kadang boleh menyebut dua atau tiga perkataan sekaligus. Yayang juga senang menurut perkataan yang diajar kepadanya.

1. Yayang paling suka makan. Dia makan hampir apa sahaja. Kalau nampak mak hidangkan makanan, cepat-cepat dia datang dan menyebut berulangkali, "mamm..mamammm"

2. Suatu petang di taman permainan, Yayang belum puas minum air. Apabila ditanyakan, "nak air lagi?", dia menjawab, "nak air lagiiii" .

3. Suatu hari dalam kereta, Abangnya menjilat-jilat kulit kacang goreng, Yayang pandang sahaja gelagat abangnya. Tiba-tiba abangnya bertanya, "nak rasa?". Yayang cepat-cepat menjawab, "Ak nak, ak dap!" (Tak nak, tak sedap!") hahaha kau Yayang, jawapan yang tepat lagi jitu untuk abangmu yang tak bape senonoh!

4. Suatu petang, Yayang memerhatikan pekerja-pekerja kontrak membaiki jalan dengan menabur tar dari lori ke atas jalan. Yayang memerhatikan dan mengatakan "tuang...tuang". pandai kau Yayang! Yayang biasa dengan perkataan ''tuang" kerana antara hobinya di rumah ialah menuang susu botol, dan kerapkali ditegur, "jangan tuang susu, Yayang".

5. Ada beberapa kenderaan yang menarik minat Yayang menyebutnya. "keta" (kereta)dan "babas"(bas). Kalau dalam kenderaan, Yayang suka memerhatikan lori-lori yang besar.

6. Yayang juga boleh membezakan makanan/ benda yang panas dengan yang tidak, dia tidak akan menyetuh yang panas sebaliknya menyebutnya "mas..mas" (panas..panas...) Good anak mak..muah muahh!!

No comments: