Yayang meneruskan keletahnya dengan menambah perbendaharaan kata
1. Situasi 1 - "Alhamdulillah"
Suatu tengah malam, Yayang menangis dengan kuat, gelisah tidak dapat tidur dengan sempurna. Apa yang diberi serba tak kena. Maka mak teringat, dia belum makan malam. Maka mak
menyuapnya nasi...selepas beberapa ketika...agaknya selepas dia berpuas hati, tiba-tiba..
kedengaran dari mulutnya..."Alhamdulilahhh" masya Allah Yayang...lapar rupanya kau ni!
2. Situasi 2 - "Buatt..buatt..."
Yayang baru beberapa minggu boleh menyusur...dia mahu menyusur ke semua arah...sekarang memunggah buku-buku abangnya...apabila excited mahu memulakan aktiviti memunggah atau berkejar ke sesuatu benda yang dikehendakinya, dia akan berkata.."Buatt...Buatt..." :)
3. Situasi 3 - "Ammik ahh"
Yayang mempunyai beberapa bearing yang diminatinya..terutamanya ubat nyamuk elektrik.
Maka dia akan menyebutnya "ammik ahh...ammik ahhh" (ambillah) sebelum menyusur
dengan lajunya ke arah ubat nyamuk tersebut.. NO yayang, panas tu!
4. Situasi 4 - "Bucuk ahhh"
Yayang memang bangun pagi. Abangnya belum bangun dia sudah bangun berak dan
bersarapan. Suatu pagi, mak menghalakan muka Yayang supaya dia mencium pipi abangnya
yang masih tidur. Tiba-tiba dia bersuara, "bucuk ahhh"... hahahaha.... itu perkataan abah!
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment